Monday 24 July 2017

KUNJUNGAN AHLI LEMBAGA KOPERSI KE SKM NEGERI SELANGOR

Baru baru ini Ahli Lembaga Koperasi yang baru dilantik semula dalam Mesyuarat Agung Tahunan  Ke 4 yang diadakan pada 9 April 2017 lalu telah membuat kunjungan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor.

Kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan beberapa isu yang membabitkan usaha menggerakkan KoYaqin selaras dengan matlamat penubuhannya.   Disamping itu ALK juga ingin mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak SKM mengenai peluang-peluang niaga yang wajar diceburi oleh KoYaqin pada masa sekarang dan akan datang.

Perjumpaan bersama Pegawai-Pegawai SKM  Pn.           dan Cik Wan Nur Kusyiah itu telah  diadakan pada 11 Julai 2017 di Pejabat SKM Selangor.  Pihak KoYaqin telah  disertai oleh lima ALK iaitu Pengerusi Tuan Hj Mahmud Ahmad, Tn Hj Malik Timb. Pengerusi, Tn Hj Mohd Noor Setiausaha, Tn Hj Mazlan Bendahari dan Tn Hj A. Aziz CEO.

Perbincang tersebut telah dapat menyelesaikan beberapa perkara dan ternyata memberi faedah yang banyak kepada KoYaqin.















######

No comments:

Post a Comment